~~>> BLOG KAMEK << ~~

Archive for April 22nd, 2010

Al-Fatihah..

Begitulah doa yang sering dilafazkan kepada insan yang meninggal dunia. Secara kebetulan nama isteri aku pun Nur Fatihah! Dulu namanya Peggy Nawaie sebelum memeluk Islam.

Apakah Kelebihan Al-Fatihah?

1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala).

10. Dibaca tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.

Sumber: http://nuursyifa.blogspot.com/2008/12/kelebihan-al-fatihah.html

Salam Hari Khamis!!

Hari ini aku masih cuti. Tengah hari nanti merancang nak ke Jabatan Pendaftaran Negara. Nak mendaftar kelahiran di Puteri Kecik! Namanya biarlah rahsia dulu.

Berbalik kepada tajuk entri..

Setiap kali sebelum aku buat blogwalking, aku akan melawat halaman LINK EXCHANGE kegemaranku. Halaman ini terhasil atas bantuan saudara etomyam yang baik hati.

Lihat sahaja gambar di atas tu, pasti anda dah tahu blog mana yang dah update, baru update semalam dan langsung tak berupdate. (Sori ye aku guna contoh blohg kat atas tu tanpa kebenaran)

Bagi aku memang memudah untuk mengetahui blog mana yang ada entri terbaru. Kalau ada pasti akan diterjah!

Kepada rakan-rakan yang belum tersenarai dalam Geng WordPress dan Geng Blogspot aku tu, tinggalkan komen di halaman LINK EXCHANGE.