~~>> BLOG KAMEK << ~~

Archive for April 2nd, 2010

Nampak nama jalan tu? Aku fikir ianya unik. Lalu aku suruh isteri aku shoot gambar papan tanda jalan tu.

Jalan tu adalah salah satu jalan yang ada di Pekan Tuaran.

Hari ini adalah cuti Good Friday. Isteri mengajak ke Pekan Tuaran untuk membeli Bubur Ayam Pekan Tuaran yang katanya lebih sedap daripada Bubur Ayam McD..

Setibanya di lokasi yang ditujui..

Semak fikiran.

Mencari lot letak kereta yang kosong. Semuanya penuh!

Satu pusingan yang hampa dan diteruskan dengan satu pusingan lagi untuk kali kedua.

Oh yes!! Ada lot letak kereta kosong..

Letak kereta betul-betul di belakang tamu / gerai menjual ikan segar.

Makcik ni buat tak tahu saja yang aku nak ambil gambar dia. Dia leka dengan jualannya.

Lokan, ketam, udang dan bermacam-macam lagi dijual di sini.

 

Seterusnya mengkut isteri ke gerai Bubur Ayam yang dimaksudkan tadi.

 

Inilah penjualnya! Hebatnya resipi pak cik ni!

 

Dan ini antara bahan-bahan untuk Bubur Ayam dan Nasi Lemak di gerai pakcik tu.

 

Penat berjalan-jalan (secara tak langsung bersenam) mengeluarkan peluh masam di pagi hari, sempat menyedut air cendol yang sedap! Murah saja! Bungkus 50sen dan Cawan RM1.00

 

Sebelah gerai kat atas tu ada gerai jual Gado-Gado. Murah sahaja! 60sen sebungkus! Aku rembat 2 bungkus! Memang sedap! Tapi kakak yang menjualnya serius semacam.. (gambar kena curi, siapa tak marah?)

 

Misi diakhiri dengan membeli sedikit sayur-sayur untuk hidangan tengah hari ini.

 

Seterunya, balik!

 

UPDATE:

  1. Ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah ke atas pemergian insan seni yang amat diminati, Allahyarham Din Beramboi. Al-Fatihah..
  2. Mikail dah makin sembuh dari demamnya..

 

psst:

Gambar Bubur Ayam dan Gado-Gado tak sempat nak shoot kerana dah haabbiiiisss…