~~>> BLOG KAMEK << ~~

Archive for April 2010

TYPEWITER

Perkataan yang terpanjang dapat dibina dari sebaris huruf di papan kekunci komputer kita.

Percaya atau tidak?

Anda carilah perkataan lain yang lebih panjang.

 

p/s:

Sebenarnya aku nak buat kontest ringkas (berkonsep teka-teki) dan hadiah top-up RM10.00 . Tapi terpaksa dibatalkan kerana jawapannya senang sahaja diperolehi dengan bertanya kepada Mr. Google

Aku pernah menulis mengenai penyanyi ini dulu. Entri tersebut ada di sini.

Siapa sangka penyanyi lagu ini berbangsa India. Beliau ialah N.Poolohgasingam.

Siapa N.Poolohgasingam?

N.Poolohgasingam atau lebih dikenali sebagai Huang Poh Lo (Man Below The Wind), walaupun bukan berbangsa Melayu tapi mempunyai kebolehan menulis kaligrafi jawi. Beliau yang bergiat dalam seni kaligrafi sejak 15 tahun lalu itu juga mahir membaca dan menulis dalam tulisan jawi .

Ikuti videonya di http://www.youtube.com/user/themanbelowthewind

Kenalinya di FanPage Facebooknya di http://www.facebook.com/pages/Huang-Poh-Lo/117686425728

Hari ini perlu ke Pitas. Ada tugasan kerja yang perlu disiapkan.

Semasa balik kami singgah di Dataran Bengkoka (tepi laut). Di sini akan berlangsungnya Pesta Bengkoka pada 14 – 16 Mei 2010 nanti. Pesta ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pitas.

Pesta Bengkoka diadakan bersempena dengan perayaan Pesta Menuai peringkat daerah, acara tahunan yang gilang-gemilang ini menampilkan Pitas dan daya tarikannya melalui pertunjukkan perahu Bagong yang unik serta persembahan kebudayaan. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan pemahkotaan Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai) serta mengambil bahagian dalam acara menarik seperti acara sukan laut.

 

Sumber: http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/acara/2571-pesta-bengkoka-pitas/

Nampaknya keyword ini agak panas untuk di’google’ hari ini.

Update: Kemalangan tersebut telah mengorbankan 2 mangsa. Takziah diucapkan!

Sebenarnya aku dapat job dari Dr. Shah. (alhamdulillah..)

Job seperti biasa iaitu membina blog WordPress. Aku biasa dengan Linux Based. Install pun semudah ABC dengan Fantisco.

Tetapi, kali ini perlu berdepan dengan Parallels Plesk Panel. Ini kali pertama aku menggunakannya. Pening aku untuk mengenali hati budinya.

Rakan-rakan blogger tahu tak bagaimana nak install WordPress menggunakan Parallel Plesk Panel? Ada apa-apa Application dari panel atau install secara manual?

Sedikit sejarah bersama Dr. Shah, sebelum ini pernah setup web blognya iaitu

  1. Cepat Jual – Iklan Secara Online
  2. Myshah Group – Menjual peralatan keselamatan (GPS Navigator, Tracking System, etc,)

Sesiapa yang berminat untuk memiliki blog wordpress sila ke Servishttp://my.mustaffa.org/servis

Salam rakan sekalian!

Kali ini nak berkongsi info mengenai kewujudkan sebuah jaringan sosial juru-gambar!

gengfotografi.com adalah sebuah jaringan sosial juru-jurugambar dan juga foto aggregator.
Foto-foto yang diping dan dipaparkan di web ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
gengfotografi.com adalah sebuah gengblogger.com network

Aku dah sertai tetapi dengan menambahkan laman tumblr aku untuk ping gambar kerana blog ini tidak sesuai digunakan di sana. Gambar yang di’ping’kan tidak dipaparkan. Sama seperti yang berlaku di gengblogger.com

Sesiapa yang ada bakat tu, jom sertainya!

Syabas kepada founder web tersebut!!

Tangan bergetar ketika mengambil gambar kejadian ini. Kejadian berlaku di Jalan Tuaran – Kota Belud.

Dari sumber di tempat kejadian, pemandu kereta Proton Saga mengantuk dan masuk ke jalan arah yang bertentangan. Pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan terus berlaku pertembungan.

Kematian, kecederaan itu tidak dapat dipastikan.

Gambar lagi di bawah;

 

 

Berhati-hatilah Di Jalan Raya!

Oh indahnya Gunung Kinabalu! Bilakah aku akan dapat menawanmu?

Begitulah pemandangan Gunung Kinabalu dari Kota Belud. Hari ini ada tugasan untuk melawat beberapa projek jalan di Kota Belud.

Kota Belud memang dikenali sebagai Pekan Koboinya.

Dalam perjalanan ke sana, terserempak dengan beberapa ekor lembu yang melintas jalan. Bahaya juga kalau terlanggar. Siapakah pemilik lembu tersebut. Membiarkan lembu berkeliaran di jalan raya!

Kalau kita terlanggar lembu tersebut, siapakah yang bersalah?

Hari ini hari Sabtu. Pasar tamu ada di mana-mana di Sabah. Banyak sayur dijual murah! Aku mengambil kesempatan untuk mencuba resipi baru yang aku jumpa di sebuah blog kegemaran aku. Gemar kerana banyak resipi yang menarik.

Hari ini memasak pak choy tumis bawang putih

Bahan-bahan:
5 btg pak choy -diptg 2
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak utk menumis
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 2 sudu besar air.
1/4 cawan air

Cara Memasak:
Rebus pak choy 1/2 masak.kemudian rendam dlm air sejuk dan tos.Kemudian susun dlm pinggan.
masukan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.(Awas jgn sampai hangit).Bila bawang putih dah kekuningan,masukan sos tiram,tpg jagung,garam,gula dan aji secukup rasa.Kacau bg sebati kemudian siram atas sayur pak choy.

Masakan aku ni tak berapa nak menjadi kerana terlebih sos tiram.. Walau bagaimanapun masih lagi sedap untuk disantap!

Selamat mencuba!

Sumber: http://salamdaripuncak.blogspot.com/2010/04/pak-choy-tumis-bawang-putih.html

Salam Rakan Bloggers!

Melihat gambar di atas terasa kesian melihat gelagat Amyra. Menjenguk keluar tingkap melihat anak-anak kecil lain bermain di luar. Aku paham apa yang dilaluinya. Apakan daya keadaan tak mengizinkan.

Aku sebenarnya tak membenarkan Amyra bermain di luar kerana;

  1. Amyra tak biasa bermain secara beramai-ramai
  2. Amyra cepat menangis kalau apa yang dihajatnya tak tercapai (berebut bermain di playground)
  3. Amyra tidak faham bahasa asing. Budak di kawasan aku ni rata-rata Sabahan dan bahasa mereka aku sendiri pun kadang-kadang tak tahu. Amyra pasti akan berbahasa Melayu Sarawak. Macam mana mereka nak faham?
  4. Amyra susah nak diajak balik ke rumah bila dah leka bermain.
  5. Kenderaan lalu-lalang dan selalu dipandu laju.
  6. Sebab-sebab lain..

Oleh itu, aku biasanya mengajak anak-anak bersiar-siar di pantai dan tempat rekreasi yang lebih terjamin keselamatannya dan selesa kerana alat permainan yang lebih sempurna.

Semoga Mikail dan Hannah cepat membesar untuk diajak bermain bersama nanti.


Aktiviti Harian

April 2010
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kategori

Popular

  • Tiada

Statistik

  • 18,861 hits