~~>> BLOG KAMEK << ~~

Archive for Februari 2010

Aku sejak akhir-akhir ni rajin pulak buat blogwalking.

Jalan.. jalan.. dan jalan… terjumpa blog/ping site kaler warna hijau. Atau ‘green’ dalam bahasa Inggerisnya. Aku cukup tertarik dan rasa sejuk mata memandang warna hijau ni..

Antaranya yang aku perasan berwarna hijau dan BUKAN milik Incredible Hulk adalah;

WordPress

 

Blogspot

 

Ping Site

 

p/s: merehatkan mata dengan melihat pemandangan hijau

Semalam bersama keluarga bercuti secara ringkas di Shangri-La’s Rasa Ria Resort, Tuaran. Tempat pelancongan yang hampir dengan kediaman kami. Tempat tersebut dipenuhi oleh pelancong asing. Hanya beberapa orang sahaja orang tempatan di sana.

Rasa kurang selesa kerana ramai awek berbikini (tak payahlah kot kongsi gambar tu)..

Cukuplah sekejap sahaja dan klik beberapa gambar Amyra bermain buih sabun.

p/s: Gambar lain di sini

Al-kisahnya nak bertukar hosting, tapi tak jadi…

Dapat 5GB Bandwidth PERCUMA..

Blog aku dapat di selamatkan dari Bandwidth Limit Exceed..

Tapi entah sampai bila 15GB itu mampu bertahan..

Apa-apa pun terima kasih kepada hosting provider kerana 5GB percuma tu dan bantuan yang cepat.

Penatnya hari ini…

Baru sampai dari Sandakan. Bertolak ke Sandakan kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan di Beluran. Nak bermalam di Beluran pada asalnya. Tetapi kemudahan penginapan tidak mengizinkan.

Bermalam di Hotel 2inn1 Sandakan. Hotel ini kelihatan eksklusfi dan yang pentingnya selesa dan ada WiFi percuma.

Boring di dalam bilik menunggu malam menjelma, tangan terasa gatal untuk memotret gambar. Sasarannya, apa yang ada di dalam bilik hotel. Gambar diedit untuk menambahkan efek klasik..

p/s: Kisah di Beluran & Ladang Strawberi Kundasang akan dikongsikan pada entri akan datang..

Akhirnya blog aku dapat dipulihkankan dari Bandwidth Limit Exceed atau aku gelarkan ‘BLE’ sebelum hujung bulan bulan ni..

Namun adakah ia bertahan sampai hujung bulan kerana trafik semakin cantek.

Lihatlah betapa banyak sub-domain yang aku buat.. atas kesilapan sendiri, aku lupa nak delete mana yang tak guna.

Ada 1 sub-domain yang aku sayang nak delete iaitu http://hamil.mustaffa.org . Trafik dah kira stabil dan boleh ‘lepas’ kalau apply Innity. Rasanya aku kena beli domain lain untuk Blog Ibu Hamil ni.. Blog ni sebenarnya aku buat semasa isteri aku tengah hamil. Sayang kalau artikel kehamilan disimpan di hard disk komputer. Aku kongsikannya dalam bentuk blog. Tak sangka ramai juga yang melawat blog ni setiap hari.

Cara Aku Boleh Lepas BLE ni..

  1. Log Masuk ke Cpnel guna address http://mustaffa.org:2082 (kalau guna http://mustaffa.org/cpanel gerenti tak dapat)
  2. Kat situ semaklah apa yang menyebabkan masalah. (bagi aku, aku delete sud-domain yang tak berguna)

Sehari selepas tu, blog aku dah kembali dapat akses..

itupun dengan bandwidth yang mmg tinggi giler.. tunggu masa nak BLE lagi..

Sebelum ni aku fikir Bandwidth aku 3GB.. terlupa dah pernah upgrade pakej ke 10GB.

Entri ini sebenarnya aku nak poskan pada hari Sabtu lepas. Memandangkan blog aku bermasalah, entri ini terpaksa ditangguhkan untuk dipos.

Memang menjadi hobi aku untuk memasak. Memasak ini mengikut mood jugak. Kalau aku datang rajin, sukalah isteri aku kerana boleh rilek-rilek jadi bos.

Entri masakan ini adalah entri kedua selepas entri Satay Pak Mus, Beli 3 Percuma 1. Sekali-sekala, apa salahnya kita memasak sendiri di rumah? Sedap ke tak itu soal lain.. Yang penting mencuba.

Resipi kali ni adalah Ikan Pari Bakar Adabi Ekspress. Kenapa Ekspress? Kerana di masa dalam masa yang singkat.

 

Bahan-Bahannya;

  1. Ikan pari saiz sedarhana
  2. Bawang merah, bawang putih
  3. Minyak masak
  4. Cili merah
  5. Daun pisang
  6. Kicap
  7. Perencah Ikan Bakar ADABI

Peralatannya (perlu ke diberitahu?);

  1. Kuali
  2. Dapur
  3. Pisau
  4. Pinggan
  5. Sudu
  6. Mangkuk

Jangka Masa;

  • 10-30 minit (bergantung kepada kecekapan masing-masing)

Saiz Hidangan;

  • 2-4 orang (bergantung juga kepada selera anda)

Cara Memasak;

  1. Basuh ikan pari sehingga bersih.
  2. Perap dengan perencah ikan Adabi. Nak cepat tak payah perap lama-lama.
  3. Cuci daun pisang dan sapukan sedikit minyak untuk elak ikan melekat.
  4. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak.

5. Letak daun pisang dan ikan di atas kuali dan di masak dengan api yang perlahan. Biarkan dalam 5 – 10 minit

  1. Sementara itu, untuk menyediakan pencicahnya, campurkan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili dan kicap di dalam mangkuk.
  2. Perahkan limau mengikut keperluan anda.

  1. Setelah ikan siap dibakar, susun cantik-cantik di atas pinggan untuk di hidang bersama pencicahnya..
  2. Akhir sekali, kemaskan peralatan dapur dan cuci bersih-bersih. (Langkah ini yang paling malas aku nak buat)

Kesudahannya… Jom kita makan..

p/s: Gambar keseluruhan ada DI SINI. dan Selamat Mencuba..

DSC 9437 fhdr

DSC 9469 fhdr

DSC 9507

Hari ini, aku ke Kg. Bongkol, Kg. Bawang Daerah Pitas dan ke Kg. Limau-Limauan daerah Kudat kerana ada urusan kerja di sana.

Aku dan rakan-rakan bermalam di Hotel Palm Villa di Kota Marudu. Pagi tadi dimulakan dengan bersarapan pagi di Rahayu Cafe di belakang Hotel Marudu Inn. Suasana pagi dihiasi dengan kehadiran sang pelangi. Sungguh indah pelangi di waktu pagi.

DSC 9469

“JANGAN tunjuk jari ke pelangi! Nanti jari kudung!” kata salah seorang rakan sekerja aku…

Betul ke? Aku pun pernah dengar mengenai hal ini semasa kecil di kampung dan teringat aku salah satu nyanyian dalam mata pelajaran Muzik semasa di sekolah dahulu..

Jangan tunjuk.. jari jadi kudung…

Rupanya itu cerita bohong…

Begitulah rangkap lagu yang aku masih ingat.

Petangnya,

DSC 9480

Semasa berada di Kudat, kami mengambil kesempatan ke pantai. Asyik mendengar deruan ombak memecah pantai. Kelihatan nelayan menuju ke tepian pantai selesai dari menangkap ikan.

DSC 9501

Di bawah pokok asam jawa di tepi pantai, kami menanti ketibaan nelayan tersebut. Bila mereka melabuhkan sauh, kami memanggil mereka untuk bertanya ada dapat tangkap banyak ikan ke tak.. Maklumlah, sekarang ni musim tak banyak ikan. Memang sah, cuma sedikit sahaja hasil tangkapan mereka hari ini.

DSC 9498DSC 9503DSC 9499

Rasa seronok melihat ikan dan udang yang segar dari laut. Pasti sedap kalau dimasak asam pedas. Aku membeli udang dengan harga RM12.00 sekilogram. Ikan aku tak beli kerana masih ada stok di rumah.

Semasa di sana sempat shoot ke pokok asam dan belukar di bawahnya.

DSC 9485 DSC 9490

Hari pun petang! Tunggu apa lagi??

BALIK!!

DSC 8754

Bekerja sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk masyarakat luar bandar memang menyeronokkan. Perjalanan yang jauh menyimpan pelbagai kenangan. Banyak benda baru yang dipelajari dan adat budaya masyarakat Sabah sedikit sebanyak difahami..

Langkahnya mudah sahaja.

  1. Buka Notepad
  2. Salin kod dibawah;

Set wshShell =wscript.CreateObject(“WScript.Shell”)
do
wscript.sleep 100
wshshell.sendkeys “{CAPSLOCK}”
wshshell.sendkeys “{NUMLOCK}”
wshshell.sendkeys “{SCROLLLOCK}”
loop

  1. Kemudian save fail sebagai as.vbs
  2. Buka fail as.vbs tu dan lihat keyboard anda berkelip

 

Untuk berhentikan kelipan

  1. Tekan CTRL + ALT + DEL (Task Manager)
  2. Pilih process tab
  3. Cari wscript.exe dan tekan End Process
  4. Siap

 

Selamat Mencuba!!


Aktiviti Harian

Februari 2010
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Kategori

Popular

  • Tiada

Statistik

  • 18,861 hits