~~>> BLOG KAMEK << ~~

JANGAN tunjuk jari ke pelangi.. nanti jari kudung! Betul ke?

Posted on: 11 Februari 2010

DSC 9507

Hari ini, aku ke Kg. Bongkol, Kg. Bawang Daerah Pitas dan ke Kg. Limau-Limauan daerah Kudat kerana ada urusan kerja di sana.

Aku dan rakan-rakan bermalam di Hotel Palm Villa di Kota Marudu. Pagi tadi dimulakan dengan bersarapan pagi di Rahayu Cafe di belakang Hotel Marudu Inn. Suasana pagi dihiasi dengan kehadiran sang pelangi. Sungguh indah pelangi di waktu pagi.

DSC 9469

“JANGAN tunjuk jari ke pelangi! Nanti jari kudung!” kata salah seorang rakan sekerja aku…

Betul ke? Aku pun pernah dengar mengenai hal ini semasa kecil di kampung dan teringat aku salah satu nyanyian dalam mata pelajaran Muzik semasa di sekolah dahulu..

Jangan tunjuk.. jari jadi kudung…

Rupanya itu cerita bohong…

Begitulah rangkap lagu yang aku masih ingat.

Petangnya,

DSC 9480

Semasa berada di Kudat, kami mengambil kesempatan ke pantai. Asyik mendengar deruan ombak memecah pantai. Kelihatan nelayan menuju ke tepian pantai selesai dari menangkap ikan.

DSC 9501

Di bawah pokok asam jawa di tepi pantai, kami menanti ketibaan nelayan tersebut. Bila mereka melabuhkan sauh, kami memanggil mereka untuk bertanya ada dapat tangkap banyak ikan ke tak.. Maklumlah, sekarang ni musim tak banyak ikan. Memang sah, cuma sedikit sahaja hasil tangkapan mereka hari ini.

DSC 9498DSC 9503DSC 9499

Rasa seronok melihat ikan dan udang yang segar dari laut. Pasti sedap kalau dimasak asam pedas. Aku membeli udang dengan harga RM12.00 sekilogram. Ikan aku tak beli kerana masih ada stok di rumah.

Semasa di sana sempat shoot ke pokok asam dan belukar di bawahnya.

DSC 9485 DSC 9490

Hari pun petang! Tunggu apa lagi??

BALIK!!

Tinggalkan komen