~~>> BLOG KAMEK << ~~

Mari Belajar Memasak: Ikan Pari Bakar ADABI Ekspress

Posted on: 21 Februari 2010

Entri ini sebenarnya aku nak poskan pada hari Sabtu lepas. Memandangkan blog aku bermasalah, entri ini terpaksa ditangguhkan untuk dipos.

Memang menjadi hobi aku untuk memasak. Memasak ini mengikut mood jugak. Kalau aku datang rajin, sukalah isteri aku kerana boleh rilek-rilek jadi bos.

Entri masakan ini adalah entri kedua selepas entri Satay Pak Mus, Beli 3 Percuma 1. Sekali-sekala, apa salahnya kita memasak sendiri di rumah? Sedap ke tak itu soal lain.. Yang penting mencuba.

Resipi kali ni adalah Ikan Pari Bakar Adabi Ekspress. Kenapa Ekspress? Kerana di masa dalam masa yang singkat.

 

Bahan-Bahannya;

  1. Ikan pari saiz sedarhana
  2. Bawang merah, bawang putih
  3. Minyak masak
  4. Cili merah
  5. Daun pisang
  6. Kicap
  7. Perencah Ikan Bakar ADABI

Peralatannya (perlu ke diberitahu?);

  1. Kuali
  2. Dapur
  3. Pisau
  4. Pinggan
  5. Sudu
  6. Mangkuk

Jangka Masa;

  • 10-30 minit (bergantung kepada kecekapan masing-masing)

Saiz Hidangan;

  • 2-4 orang (bergantung juga kepada selera anda)

Cara Memasak;

  1. Basuh ikan pari sehingga bersih.
  2. Perap dengan perencah ikan Adabi. Nak cepat tak payah perap lama-lama.
  3. Cuci daun pisang dan sapukan sedikit minyak untuk elak ikan melekat.
  4. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak.

5. Letak daun pisang dan ikan di atas kuali dan di masak dengan api yang perlahan. Biarkan dalam 5 – 10 minit

  1. Sementara itu, untuk menyediakan pencicahnya, campurkan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili dan kicap di dalam mangkuk.
  2. Perahkan limau mengikut keperluan anda.

  1. Setelah ikan siap dibakar, susun cantik-cantik di atas pinggan untuk di hidang bersama pencicahnya..
  2. Akhir sekali, kemaskan peralatan dapur dan cuci bersih-bersih. (Langkah ini yang paling malas aku nak buat)

Kesudahannya… Jom kita makan..

p/s: Gambar keseluruhan ada DI SINI. dan Selamat Mencuba..

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: