Posted by: strennz on: 13 September 2009

Bukan pesakit buah pinggang sahaja yang perlukan homodialisis. Kereta aku semalam pun menjalani homodialisis jugak. Mana taknya.. kereta masuk bengkel buat major service 80k km. Kereta second, mileage pun dah jauh jalan.
Aku menghantar kereta ke bengkel bersama dengan isteri aku. Setelah sampai di bengkel, banyaknya kereta mengunggu giliran. Setelah ke kuanter, aku pun diberitahu kereta akan siap service dalam pukul 1. Fuh.. masa tu baru pukul 9.
Isteri aku mengajak aku ke Centre Point Shopping Mall (CP) sementara menunggu kereta di service.


Buat kali pertamanya selepas memiliki kereta, aku menaiki bas mini. Selalunya aku cuma melihat penumpang bas. Semalam, aku sendiri berada di dalam bas jadi penumpang. Mulanya nak naik teksi tapi teksi tak ada. setidak-tidaknya dapat berjimat RM9. Tambang bas 50sen sorang.
Semasa di CP, banyak kedai yang belum buka. Nasib baik F.O.S dah buka. Aku dan isteri sempat merembat beberapa helai baju/seluar untuk anak dara & anak teruna kami. Aku cuma beli sehelai baju saja. Isteri aku cuma melihat sahaja kerana hari sebelumnya dia dah beli baju raya dia.. Setelah 1 CP kita ronda, kaki terasa penat dan kehausan tekak mula terasa. Aku pun mengajak isteri aku kembali ke bengkel kerana tak mampu lagi nak berjalan untuk shopping raya.
Jam pukul 12 masa tu. Kami naik teksi dengan tambang RM10.00 . Memang tak berbaloi.. jarak dekat, cas mahal.. ada meter, tapi tak digunakan..

Sesampai di bengkel, kereta aku 80% siap diservice. Aku dan isteri pun menunggu, menunggu dan menunggu.
“Encik SAA6752D?? Kereta dah siap!” itulah kata-kata yang amat aku tunggu-tunggukan. Aku terus ke kuanter menjelaskan bil. Terasa jugak ‘duit melayang’ untuk service kereta kali ni. Biasalah Major Service..
Posted by: strennz on: 31 Ogos 2009
Posted by: strennz on: 31 Ogos 2009
Posted by: strennz on: 20 Jun 2008

Posted by: strennz on: 13 Jun 2008
Saya nak ucap salam perpisahan buat semua staff di Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maaf sekiranya tersilap kata selama kita kerja bersama. Terima kasih atas tunjuk ajar, layanan dan kerjasama yang anda semua berikan. Semoga Allah memberkati anda semua!!!!
SELAMAT MAJU JAYA PPNWP!!!!