~~>> BLOG KAMEK << ~~

Arkib untuk Kategori ‘Kerja

Alahamdulillah.. Rezeki Datang Lagi!

Posted by: strennz on: 4 Mei 2010

Walaupun masih berduka dengan sambungan internet ini yang kejap OK dan kejap KO, aku baru sahaja menerima emel dari client aku yang berkenan melantik aku sebagai consultant untuk membuat maintenance / redesign / grafik untuk website miliknya! Dengan mendapat imbuhan setiap bulan. Syukur ke Hadrat Illahi!

Esok Aku Pun Ada Exam Juga..

Posted by: strennz on: 11 April 2010

Aduh.. Dari awal pagi tadi blog aku down. Alhamdulillah kerana baru jer pulih sebentar tadi. Tapi, rugilah trafik hari ini. Ada hikmahnya, Aku boleh belajar baca nota dan buat carian nota di internet. Esok dan Rabu aku ada Peperiksaan Jabatan. Harap semuanya lepas! Dah jadi tabiat aku belajar last minutes! Teringat masa study dulu-dulu..

Penatnya hari ini.. Misi hari ini meneroka Kota Marudu. Ada 4 tapak projek yang perlu dilawati. 2 di Jalan Kota Marudu – Kudat, 1 berhampiran Pekan Kota Marudu dan 1 lagi di jalan menuju ke Poring Ranau melalui Kota Marudu – Jalan Marak Parak (dalam pembinaan). Kali ini lebih banyak nak berkongsi pengalaman melalui jalan [...]

Hari ini aku oustation ke Tamparuli.. Tamparuli pekan kecil yang penduduknya majoriti Kadazan Dusun. Setelah sesuai melakukan tugasan kerja, aku singgah sebentar di Jambatan Tamparuli.. Hirup udara berjerebu yang disebabkan hutan sana-sini terbakar.. Tenang rasanya berada di sana. Ada sedikit foto untuk dikongsikan bersama..

KISAH BENAR, Susahnya Hidup Di Pulau..

Posted by: strennz on: 17 Mac 2010

Pulau.. Sudah pasti terpisah dari tanah besar. Minggu lepas berkesempatan sekali lagi ke Pulau Gaya. Ada urusan kerja di sana. Di sana melihat kedaifan dari segi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Fasiliti seperti jeti juga menggambarkan sebilangan kecil penduduknya daif. Musim kemarau mengakibatkan telaga kering dan penduduk terpaksa mengambil air dari seberang tanah [...]

Hari ni terkenang zaman mencari kerja. Sasaran utama kerja kerajaan. Aku ada pengalaman pahit manis bekerja di sektor swasta. Menceburi bidang pembinaan dan kerja kilang. Pembinaan – Gaji masyuk.. tapi tiada ‘life’. Kadang-kadang cuti hujung minggu pun kena kerja. Kerja Kilang – Gaji masyuk juga.. tapi kena kerja 12 jam (shift). Kesihatan terganggu. Berkat dorongan [...]

Cara Menghilangkan Boring Semasa Berada Di Dalam Bilik Hotel

Posted by: strennz on: 24 Februari 2010

Penatnya hari ini… Baru sampai dari Sandakan. Bertolak ke Sandakan kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan di Beluran. Nak bermalam di Beluran pada asalnya. Tetapi kemudahan penginapan tidak mengizinkan. Bermalam di Hotel 2inn1 Sandakan. Hotel ini kelihatan eksklusfi dan yang pentingnya selesa dan ada WiFi percuma. Boring di dalam bilik menunggu malam menjelma, tangan [...]

JANGAN tunjuk jari ke pelangi.. nanti jari kudung! Betul ke?

Posted by: strennz on: 11 Februari 2010

Hari ini, aku ke Kg. Bongkol, Kg. Bawang Daerah Pitas dan ke Kg. Limau-Limauan daerah Kudat kerana ada urusan kerja di sana. Aku dan rakan-rakan bermalam di Hotel Palm Villa di Kota Marudu. Pagi tadi dimulakan dengan bersarapan pagi di Rahayu Cafe di belakang Hotel Marudu Inn. Suasana pagi dihiasi dengan kehadiran sang pelangi. Sungguh [...]

Dari Mana Nak Ke Mana?

Posted by: strennz on: 5 Februari 2010

Bekerja sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk masyarakat luar bandar memang menyeronokkan. Perjalanan yang jauh menyimpan pelbagai kenangan. Banyak benda baru yang dipelajari dan adat budaya masyarakat Sabah sedikit sebanyak difahami..

Damainya Pulau Banggi & 1 Perkara Pelik

Posted by: strennz on: 29 Januari 2010

Mungkin ada yang tidak mengenali Pulau Banggi. Pulau ni tak sepopular Pulau Mabul, Sipadan, Manukan dan yang lain-lain. Sudah pasti juga ada yang lebih mengenali Pulau Banggi dengan tragedi bot karam dan mengorbankan beberapa orang mangsa pada Aildil Adha yang lepas. Namun kedamaian jelas terasa bila berada di sana. Walaupun fasilitinya agak kurang, namun keindahan [...]


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.