~~>> BLOG KAMEK << ~~

Akibat Membiarkan Blog Down, Aku Pun Down.. Down.. Down..

Posted by: strennz on: 27 Mei 2010

Hari ini boleh senyum sedikit kerana proses perpindahan ke Baitulbytes hampir selesai. Hosting sudah siap dipindahkan semalam. Cuma domain ini sahaja yang belum dipindahkan kerana berlaku kesilapan dan memasukkan EPP Code.

Hari pertama blog down 10/5/2010 yang lepas. Aku kebetulan berada di ibu negara Malaysia kerana perlu menghadiri Kursus Photoshop For Web. Selepas selesai berkursus, terus melupakan blog ini kerana alasan kerja yang banyak.

Akibatnya, trafik jatuh tahap extreme! Dulu purata Unique Visitor dalam 150 -300 sehari. Sekarang trafik amat menyedihkan. Nasib baik permohonan untuk iklan Innity diluluskan sebelum blog down. Aku yakin semua ni ada hikmahnya.

Memang dah jadi lumrah bagi aku. Bila blog down, nafsu berblog pun down. Harapan dengan hosting baru dari Baitulbytes, semangat untuk blogging kembali pulih seperti sedia ada.

Nasib baik ada blog sampingan aku seperti MalaysiaKini2u, LirikLagu2u, Tumblr aku untuk diupdate.. Dapat melepas gian untuk berblog. Kesempatan ini juga aku gunakan untuk berkenalan dengan sistem Tumblr.

Aku dah jemu dengan BANDWIDTH LIMIT EXCEED!! Semoga 80GB Bandwidth kali ini mampu melancarkan semuanya.

Terima kasih kepada hosting lama SempoiHosting dan kepada hosting baru di Baitulbytes. Kerjasama daripada mereka amatlah dihargai.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.