~~>> BLOG KAMEK << ~~

Adat Perkahwinan Bangsa Bisaya Daerah Beaufort Sabah

Posted on: 10 Disember 2009

DSC 7279

Melihat gambar di atas mengingatkan aku zaman melangsungkan perkahwinan. Semuanya sudah berlalu. Hasilnya, aku dikurniakan 2 orang anak yang comel dan seorang lagi bakal lahir ke dunia ini pada bulan 4 tahun hadapan (insyaallah)..

DSC 7062

Sebelum itu, aku nak mengucapkan tahniah kepada rakan sekerja aku, Rosdahri dan isterinya Sopiah atas perkahwinan mereka pada 4-6 Disember yang lalu.

Aku berkampung di Kampung Suasa, Daerah Beaufort untuk menyaksikan majlis yang cukup bermakna tersebut. Aku bersa bertuah kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan bangsa Bisaya Beaufort. Keramahan penduduk kampung tersebut menjadikan aku rasa tidak kekok dan seperti berada di kampung halaman di Kota Samarahan, Sarawak.

Ingatkah anda pada Rukun Nikah?

  1. Pengantin Lelaki
  2. Pengantin Perempuan
  3. Akad Nikah
  4. Wali
  5. 2 Orang Saksi

DSC 7098

Memenuhi rukun nikah yang ke-3, majlis didahulukan dengan akad nikah pada 4/12/2009. Seperti perkahwinan yang lain dan tiada bezanya.Akad nikah ini dilakukan di rumah pengantin perempuan di Kampung Palai Gadong di Daerah Beaufort juga. Dengan berwalikan bapa kandung pengantin perempuan, Sopiah selamat diijabkabulkan dengan Rosdahri dengan sekali lafaz sahaja. Masa tu, cukup istimewa sekali melihat rakan menjadi ahli kelab yang bernama ‘ Suami’.

DSC 7245 DSC 7222

Suatu yang istimewa pada perkahwinan ini kerana adat dan budaya lama tidak dilupakan. Sehari sebelum majlis persandingan, acara sembelih kerbau, memasak dan persiapan pelamin/majlis dilakukan.

DSC 7214 DSC 7209

Seperti gambar di atas, kumpulan anak muda berlatih bermain alat muzik dan aku begitu kagum dengan kehebatan mereka mengalunkan beberapa melodi yang cukup enak didengar telinga. Lagu Selamat Pengantin Baru semestinya tidak ketinggalan untuk didendangakn.

DSC 7271 DSC 7261

Pada sebelah malamnya, upacara dimulakan dengan solat berjemaah, bertahlil dan berzanji.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Malam Berinai.

DSC 7302 DSC 7294

Malam berinai ini dimulakan dengan pengantin diberikan mandi pengantin. Aku pada masa ini cuma berada di rumah pengantin perempuan. Badan pengantin digosok denga bahan herba dan beras yang digiling/blender. Tujuannya untuk membuang sel kulit yang mati dan memberi ketenangan dan seri kepada bakal pengantin. Seorang pakcik membaca doa sebelum bakal pengantin dimandikan.

DSC 7349

Selepas itu pengantin disandingkan secara solo di rumah masing-masing.

Adat menepung tawar pengantin dilakukan dan selepas itu majlis diteruskan dengan adat berinai.

Sebelum berinai, pengantin digosokkan badannya dengan campuran beras dan herba seperti mandi pengantin. Tetapi teksturnya lebuh halus. Seluruh badan disapu dan digosok dan dibiarkan sehingga kering. Selepas itu, adat berinai pun bermula.

Adat berinai ini dilakukan oleh ahli kelurga yang terdekat seperti mak saudara, nenek dan anak saudara perempuan. Tidak ubah seperti berada di SPA.

Cukup meriah masa ini dengan gelak ketawa mereka sambil tangan bekerja, mulut pun turut ketawa mengusik pengantin. Inai di dibiarkan sehingga cukup kuning melekat di tangan dan kaki.

DSC 7526 DSC 7549

Selepas semuanya selesai, pengantin bolehlah mencuci badannya.

Aku balik ke hotel pada pukul 12.30 mlm. Aku kepenatan hari tu.

Keesokkan harinya, 6/12/2009. Upacara persandingan diadakan. Ada 3 persalinan pakiaan yang perlu dipakai. Antaranya,

DSC 7723

Pakaian Set Baju Melayu

DSC 7930 DSC 7908 DSC 7917

Pakaian Tradisional Kaum Bisaya

DSC 8066

Pakaian Moden

Setiap pakaian, pihak lelaki menjemput pengantin perempuan di rumahnya dan dibawa balik ke rumah pengantin lelaki.

DSC 7907 DSC 7923

Sebelum pengantin bersanding mengenakan pakaian tradisional, mereka dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan diiringi dengan pukulan muzik tradisional juga.

DSC 8003

Majlis diakhiri dengan memotong kek di rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Ni antara shoot yang aku rasa paling aku suka pada majlis tu.

DSC 8034

Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat.

4 Respons to "Adat Perkahwinan Bangsa Bisaya Daerah Beaufort Sabah"

saya minta izin, ambik gambar pengantin dengan baju tradisional bisaya untuk di masukkan ke laman facebook butik kamisebagai contoh baju tradisional bisaya , terima kasih..
sila lawati facebook Singgahsana Puteri
Tq ^^..

hai,saya student ums,boleh ka klu saya contact bersama kamu untuk mengkaji kesenian kaum bisaya,contohnya perkahwinan..bermula da merisik,bertunang,kalau boleh sila respon ya..sweet90_nurul@yahoo.com
0176533073

This is very attention-grabbing, You’re an excessively skilled blogger. I’ve joined your rss
feed and stay up for in the hunt for more of your magnificent
post. Additionally, I’ve shared your site in my social networks

terima kasih sangat-sangat kerana sudi berkongsi maklumat. dengan adanya maklumat ini sya dapat menambah maklumat dalm kerjakursus saya ..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: